Monday, August 3, 2009
Hari Yang Memenatkan..
Aku ingin teruskan meneruskan perjuangan.. agar aku dapat mencapai hajat yang diinginkan.. aku telah berdiam diri sekian lama.. aku harap dapat menulis sesuatu.. untuk tatapan umum dan peribadi..
Salam permulaan pada hari ini..
Terima kasih
Sunday, February 8, 2009
Konspirasi Nizar-Anwar
oleh: MSK
Dubai merupakan kayu ukur yang telah diterima oleh dunia untuk mengetahui ekonomi dirantau Teluk, kerana ia merupakan Bandar yang paling moden. Untuk sekian lama, peniaga berpusu-pusu kesana untuk mencari kekayaan terutamanya dalam sector hartanah.
Tetapi pasaran hartanah sudah merudum akibat kemelesetan ekonomi dunia dan melibatkan banyak syarikat-syarikat dari Malaysia. Banyak projek-projek digantung atau dibatalkan. Dan salah satu syarikat yang menerima tempias ialah Gamuda Berhad, syarikat terbesar di Malaysia dimana tumpuan utama mereka adalah dalam sector pembinaan, air, tol dan hartanah. 7% daripada pendapatan Gamuda datang dari Dubai. Gamuda menghadapi masalah selepas projek dibawah WCT Berhad dan Meydan LCC untuk membina padang lumba kuda di Dubai yang bernilai RM4.6 billion dibatalkan. Pengarah Urusan Gamuda,, Lin Yun Ling, baru-baru ini telah menjual sahamnya menyebabkan saham Gamuda jatuh merudum.
Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta…berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Oleh itu, keengganan bapanya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.
Politik di Malaysia mungkin yang terkotor tetapi kita tak boleh menyalahkan rakyat apabila mempunyai persepsi bahawa kerajaan persekutuan mengugut Sultan. Dan kita tidak memerlukan pakar untuk menilai bahawa sebenarnya Gamuda adalah dibawah ihsan Kerajaan Persekutuan. Apabila peruntukan dibekukan oleh kerajaan persekutuan terhadap Selangor, Perak dan Pulau Pinang, Gamuda merana dan merayu diberikan projek. Negara mempunyai wang, malah lebih daripada sebelum pilihanraya March 2008 kerana BN tidak tahu kemana wang yang sepatutnya disalurkan kepada lima negeri Pakatan rakyat dibelanjakan.
Dalam masa yang sama, Gamuda tertekan kerana projek landasan berkembar menghadapi banyak masalah. Terutamanya di Pulau Pinang dan Perak. Dan kemelut ini menyebabkan Gamuda terpaksa melutut kepada Najib, sebagai Menteri Kewangan, untuk membantu Gamuda yang semakin kesempitan.
Bakal Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri pada March 2009 dan pastinya beliau akan membuat beberapa pengumuman popular. Suntikan pertama sebanyak RM7 billion mungkin sudah dibelanjakan. Dr. Mahathir telah memberikan ‘clue’ bahawa suntikan kedua sepatutnya berjumlah RM35 billion ataupun 5% daripada KDNK Negara. Bersedia lah untuk mendengar pengumuman ini. Sama ada RM35 billion ini akan masuk kepasaran saham ataupun projek, semuanya sudah menunggu – termasuk Gamuda. Najib akan mengumumkan bahawa negara kita bebas dari kemelesetan, dan sudah pasti..pasaran saham akan melonjak semula. Dan salah satu saham tersebut ialah Gamuda.
Mari kita bayangkan tentang satu teori konspirasi…dan apa yang berlaku diPerak hanyalah ‘the tip of an iceberg’.
Andaikan….Anwar akan mengambil alih kerajaan Persekutuan tetapi beliau sedar, kalau itu yang dilakukannya, rakyat sudah pasti akan menentang beliau sepertimana rakyat menentang Umno hari ini.
Anwar cuba memulakanya dengan mengumumkan pembelotan Ahli-ahli Parlimen abah dan Sarawak, riuh dengan 916 dan sebagainya. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Anwar tahu Najib perlukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa beliau juga mampu berbuat sesuatu, lantas Anwar bersedia mengorbankan Perak.
Anwar menerima umpanan Najib yang dibuat melalui Datuk Nasarudin. Satu strategi menarik, untuk menyingkir wakil rakyat PKR yang tidak berkemampuan dan bermasalah, dan dalam masa yang sama..menggantikan dengan mereka yang berwibawa, maka Perak perlu ‘diserahkan’ kepada Umno/BN.
Sekarang Najib sudah mendapat Perak untuk ditunjuk kepada ahli-ahli Umno dalam Perhimpunan Agung Umno nanti dan mengatakan bahawa Anwar memulakannya skandal pembelotan ini dan beliau hanya menyudahkannya. Episod seterusnya ialah…Anwar akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan bersama ‘pembelot-pembelot’ nya dan berkata..” Najib memulakannya dan beliau hanya menyudahkannya’.
Kalau rakyat menerima rampasan kuasa di Perak oleh Najib dan diperkenankan oleh Sultan, mengapa rakyat perlu menolak sekiranya Anwar merampas kuasa Kerajaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?
Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuruh?
Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’. Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?

Semalam pun, aku masih mencari jawapan. Mengapa Nizar sanggup bertahan walaupun mengingkari arahan Sultan? Dan sejak peristiwa rampasan kuasa Najib ini berlaku, aku masih belum melihat Nizar berwajah sedih..sebaliknya sentiasa ceria dan relax..Begitu juga Anwar…bila ditanya tentang rampasan kuasa ini, dia masih boleh melawak..”hangpa tok sah ghafla la. Buat kerja hangpa..yang ni semua bagi kat kami.”
Bila ditanya berapa lama Nizar akan bertahan diKediaman Menteri Besar, Nizar menjawab dia akan keluar beberapa hari lagi, tetapi dengan sinis dia berkata..” kita keluar kejap…bulan depan kita masuk balik.”
Perancangan Anwar dan Nizar ini hampir berjaya, sekiranya Sultan bersikap berkecuali dan adil, kerana itulah persepsi yang ada dikalangan rakyat dan kepimpinan PR. Apa yang mungkin tidak diketahui mereka, Raja Nazrin memainkan peranan utama untuk memaksa Dato Nasrudin kembali kedalam Umno. Malah Dato’ Nasarudin menangis kerana dipaksa kembali kedalam Umno.
Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau…kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.
Sumber : PerakEkspress.com
Perak, PR, BN and Gamuda - It’s all about Business, Stupid
Friday, February 06, 2009
Dubai is probably the best yardstick to measure the economy of the Gulf region; at least Dubai was the most prosperous city within the region. People might not know where Oman is but they can’t miss Dubai. For years people have been flocking to this city hunting for their first pot of gold. As with the normal cycle property market was booming with tons of first-time speculators snapping up properties as if they were buying tiramisu cakes. Money was stretched to the limit in order to buy maximum number of properties possible. These properties would then be rented out without much problem, thanks to the booming economy, and thus generating positive cash-flow. It was a no-brainer method to generate wealth until now.Now that the property bubble has burst, thanks to global economy recession, these novice speculators are selling their once-cash-cow to anybody at fire-sale discount. Effectively most of Malaysian construction companies were crying as projects agreed got hold or cancelled. Gamuda Berhad (KLSE: GAMUDA, stock-code 5398), the country’s largest construction and engineering with interests in construction, water, toll and property development is feeling the heat (7% of Gamuda's outstanding order book comes from the Gulf region) after the WCT Berhad and Meydan LCC joint venture to build a RM4.6 billion race-course in Dubai was cancelled. Gamuda generated investors’ interest recently when the founder and Managing Director Lin Yun Ling cashed-out early 2008 sending the stock price to the south.
Malaysian politics is perhaps the dirtiest but you can’t blame the public to have a perception that the federal government was twisting the arms of the Sultan (silly assumption, is it not?). However on the business perspective you do not need to wake Einstein up from his grave to tell you that Gamuda is basically at the mercy of the Federal government. With water taps closed by the federal government to three of the most developed states, Selangor, Perak and Penang, Gamuda is screaming for projects. Certainly the nation has the money. In fact the country is flushed with more money than before the Mar 2008 general election simply because the federal government does not know where to pump the money to since the most developed states such as Selangor, Perak (was) and Penang are controlled by opposition parties.
Anyway let’s imagine (it’s Friday dude) a conspiracy theory and this Perak crisis is just the tip of an iceberg. Let’s assume Anwar has the number to take over the federal government but at the same time he’s also aware that to do so could backfire badly. He needs to start the ball-rolling and he announced about the defection, 916 and so forth. After Permatang Pauh and Kuala Terengganu, he knew Najib is desperate for trophies so the plot was to sacrifice Perak. He accepted the bait (was it?) offered by Najib with this fella Nasarudin. A good strategy to test water (effect of defections) and to flush out traitors within PKR, Perak has to fall to BN. Now Najib has gotten Perak State as the trophy to show off during the coming UMNO election and claimed it was Anwar who started the defection plan and he simply finished it. The next episode will see that Anwar will snatch the federal government with the readied defectors while screaming “Najib started the battle so I'm just finishing the war”. What a wet dream!
source : http://stocktube.blogspot.com/2009/02/perak-pr-bn-and-gamuda-its-all-about.html
Monday, February 2, 2009
ISU PENANGKAPAN EXCO PERAK, EZAM MUNGKIN DALANGNYA

Di awal bulan Julai lalu, Ezam Mohd Noor ada menyatakan dalam ceramahnya bahawa Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008. Bagaimana Ezam boleh mendakwa awal perkara ini? Laman blog Malaysia Waves telah melapor lebih awal bahawa terdapat satu perancangan yang amat kotor akan digunakan Ezam untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Terbukti dalam minggu ini, perancangan itu telah dilakukan lebih awal memandangkan DSAI sudah semakin hampir untuk ke Parlimen. Berikut adalah laporan seorang blogger dalam blog Malaysia Waves...
Saturday, July 26, 2008 Ezam Trying to Deliver Perak to BN/Ezam Hendak Memberi Perak Kepada BN Pakatan Rakyat must beware of the situation in Perak. My source within Ezam’s team is telling me that Ezam Mat Now is wooing the Malay ADUN from PKR in Perak. From the current tally of seats, Pakatan Rakyat :31 and Barisan Nasional:28. In other words, Barisan Nasional only require 2 ADUN to cross over from Pakatan Rakyat to topple the government and install a Barisan Nasional government.My source in Ezam team says that in order to show his worth, Ezam is now actively seeing and wooing the Malay PKR ADUN in Perak State Assembly. There are 3 Malay Perak PKR ADUN: Kuala Kurau, Changkat Jering and Behrang. All Ezam need to do is to deliver 2 out of the 3 ADUN and Ezam Mat Nor will be rewarded handsomely.
BN’s first attempt was through UMNO just about 2 days after the GE. They met Ahmad Awang, the Perak PAS commissioner and offered MB plus 6 excos. But, Ahmad Awang being a man with integrity, rejected the UMNO proposal. I think Ustaz Ahmad Awang’s argument was simply “UMNO is wicked and DAP are non-Muslims. Islam despises wickedness. Therefore, I cannot cooperate with UMNO”The next attempt was trying to buy a DAP ADUN. They made an offer to a DAP ADUN, and the DAP ADUN then filed a police report. So, that stopped them from pushing in that avenue.Now, it’s PKR’s turn and seeing that Ezam Mat Nor had joined UMNO, they decided to use Ezam as their #1 tool. Many of PKR’s Malay members and supporters have been with the party ever since Ezam was Ketua Pemuda. They, therefore, have some sort of relationship with Ezam Mat Nor.UMNO feels that they need to leverage on Ezam Mat Nor and use Ezam to woo PKR Malay ADUN. However, I am not sure if any contact have been made by Ezam or not with the Malay PKR ADUN. But their plan to woo them is already made and will be materialized before August 31stSo, my intention of writing this article is to warn PKR about such attempt.
PAS had organized a Solat Hajat Perdana asking help from Allah AlMighty to foil such attempt by UMNO. God’s willing, UMNO’s attempt will be foiled.Please also remember that Dr Zambery Kadir (the Wakil Pos, not Wakil Rakyat for Pangkor)has been Ezam’s accomplice and friend even while Ezam was at his height of popularity. Therefore, Ezam was promised a king’s ransom by the Wakil Pos Dr Zambery himself should this plan be materialized. This is because, should the government falls, the Wakil Pos Dr Zambery will be the BN’s Menteri Besar instead of Tajol Rosli.Right now, UMNO Perak is trying to solidify their hold on the Malay electorate. They are actively spreading stories about how Malay power has been diluted and that PAS had signed a second Pangkor Agreement (yet UMNO lost Pulau Batu Putih) and Malay interest in Perak has now been severly compromised. They’re also telling the Malays that Islam in Perak is also being subjugated to the whims of “Kuffar”.
Their entire intention is to make opposition Malay ADUN to be pressured by their electorate into taking drastic steps to rescue the Malays, i.e. joining Barisan Nasional.The tactic is smart: Step 1, create the right atmosphere, Step 2: Create a big issue albeit a lie, i.e. Pangkor Agreement 2 Step 3: Get Malay ADUN to jump to BN.That’s why Tajol Rosli had announced the change of guards to happen on the 31 August 2008. They are very confident.Pakatan Rakyat needs to neutralize the lies they have been spreading to Malays. The best way to do that now is to expose UMNO’s past excesses and corruption and show that UMNO has never help the Perak Malays. They were busy for 50 years helping themselves to the State’s riches.Pakatan Rakyat, please beware of UMNO/Ezam Mat Nor latest move.
Sumber : http://al-futhuhat.blogspot.com/2008_08_22_archive.html
STRATEGI PALING LICIK ANWAR IBRAHIM?
STRATEGI PALING LICIK ANWAR IBRAHIM?

DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan.
Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’.
Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru. Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik.
Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.
Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS.
Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP. Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.
Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama. Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.
Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar. Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya.
Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini.
Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah. Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong.
Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR. Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan.
Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.
Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah.
Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.
Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO.
Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi. Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.
Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini]. Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.
Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.
Fikir-fikirkanlah.
Nur Aflah: Sebelum ini ada yang bertanya, kenapa Nasaruddin masuk PKR dan bukannya PAS? Jawapannya mudah. Pemimpin PAS tidak meminang Nasaruddin.
Sumber : http://nuraflah.blogspot.com/
Tuesday, September 30, 2008
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Declaration of the sighting of the crescent moon of Shawwal 1429 Hijri
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, Allahu Akbar, wa lillahil hamd
Alhamdulillah and peace be upon the Messenger of Allah صلى الله عليه وآله وسلم, and peace be upon his family, his companions, those who gave their loyalty to him, and those who followed him, tracing his steps and establishing the Islamic 'Aqeeda as the foundation for their thought, and the Ahkam Al-Shar'iyyah as the measure for judgment in their actions and the source of their laws.
It was narrated by Al-Bukhari in his Sahih on the authority of Muhammed Bin Ziyad, who said, "I heard Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, say: 'The Messenger of Allah صلى الله عليه وآله وسلم said', or he said, 'Abu Al-Qasim صلى الله عليه وآله وسلم said: Fast when you see it, and break your fast when you see it, and if you cannot see it then complete 30 days of Sha'ban.'"
After seeking the Hilal of the month of Shawwal on this Monday night, a legal (Shar'ee) sighting of the moon has been confirmed in some Muslim lands. Therefore, tomorrow, Tuesday is the first day of Eid al-Fitr.
On this occasion, the Ameer of Hizb ut-Tahrir, the Alim 'Ataa Bin Khaleel Abu Al-Rashta, may Allah سبحانه وتعالى protect him, asks Allah سبحانه وتعالى to bless this Ummah and those who uphold Allah's message. Allahu Akbar! May Allah protect this Ummah and accept our worships this Ramadan and honour this Ummah with the great Khilafah Rashida soon.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, Allahu Akbar, wa lillahil hamd
The head of the media office of Hizb ut-Tahrir, as well as all those working within it, congratulate all the Muslims on the occasion of Eid al-Fitr and ask Allah سبحانه وتعالى to bless the Islamic Ummah with the righteous Khalif, behind whom we fight and protect ourselves.
May Allah سبحانه وتعالى accept our and your acts of worship.
Wassalamu Alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatahu
The eve of Eid al-Fitr 1429 Hijri corresponding to 29th September 2008
Saturday, August 30, 2008
Antara Sumpah Saiful dan Sumpah Anwar
| Oleh HTM | |
| Khamis, 28 Ogos 2008 14:37 | |
|
Apa pun, upacara angkat sumpah Anwar telah pun selesai dilakukan pada pukul 10.05 pagi di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Sebelum Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di Dewan Parlimen, lebih kurang dua minggu lepas, Saiful Bukhari juga telah melafazkan sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan. Sumpah Saiful adalah bahawa dia telah diliwat oleh Anwar, manakala sumpah Anwar adalah untuk menumpahkan taat setia kepada Malaysia sebagai anggota Parlimen. Sebenarnya terdapat banyak perbezaan dan persamaan di antara kedua-dua sumpah tersebut. Untuk perbezaan, rasanya semua pembaca dapat membuat perbezaan tersebut. Namun, mungkin ramai di kalangan kita yang tidak sedar bahawa terdapat persamaan di antara kedua-dua sumpah tersebut. Di bawah ini dinyatakan beberapa persamaan untuk difikirkan bersama:- (1) Kedua-dua sumpah adalah ‘sumpah politik’. Saiful bersumpah di dalam keadaan semua rakyat Malaysia tahu bahawa terdapat agenda politik kotor di sebaliknya. Malah, imam yang menghadiri upacara sumpah tersebut telah mengisytiharkan secara terang-terangan bahawa beliau telah ‘diperangkap’ oleh orang politik untuk menjadi saksi sumpah tersebut. Manakala sumpah Anwar juga adalah sumpah untuk melibatkan diri dalam politik, dan siapa tidak tahu politik di Malaysia adalah politik kotor ala Machiavelli. Politik yang, hari ini seseorang boleh berada dalam satu parti dan menghentam habis-habisan parti lawan, esoknya dia akan lompat ke parti lawan dan menghentam habis-habisan pula partinya sebelum ini. Lusa, dia akan masuk semula ke dalam parti asalnya dan mengutuk habis-habisan pula parti yang pernah dilompatinya...dan begitulah seterusnya, demi mencapai ‘manfaat’. (2) Kedua-dua sumpah disifatkan sah oleh para mufti. Mufti yang dibayar sedikit gaji oleh kerajaan mengakui yang sumpah Saiful adalah sah, walaupun hakikatnya sumpah tersebut bertentangan dengan hukum baiyyinat (pembuktian) Islam. Manakala sumpah Anwar juga boleh dikatakan sah oleh para Mufti, kerana setakat ini tidak ada seorang Mufti pun yang menyatakan sumpah ahli Parlimen adalah batil. Jadi, sumpah yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh si kafir Lord Reid itu tentunya dinilai sah oleh para Mufti. Untuk makluman pembaca, berikut adalah lafaz sumpah sebagai anggota Parlimen yang terdapat di dalam Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan:- Sumpah sebagai Ahli Parlimen dan Sumpah Setia
Jika sumpah Saiful disensasikan sedemikian rupa sejak awal lagi bahawa ia selaras dengan Islam, malah difatwakan lagi bahawa (selepas upacara sumpah) sebagai sah, maka sebagai seorang Muslim, kita juga wajib mengkaji dari segi hukum syarak apakah sumpah ahli Parlimen yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh si kafir Lord Reid ini, juga selaras dengan Islam. Sebagaimana disebutkan oleh para mufti, ‘sumpah’ ada kaedah dan tatacaranya tersendiri di dalam Islam dan tidak boleh keluar atau melanggar ketetapan syarak. Contohnya, sumpah hendaklah dimulakan dengan lafaz “Wallahi, Wabillahi, Wattallahi”, dan isi sumpah pula tidak boleh mengandungi perkara-perkara batil atau memaksiati Allah. Justeru, apakah sumpah untuk taat setia kepada Malaysia, yang nyata-nyata bersifat “wathaniyyah” (patriotisme) adalah selaras dengan Islam? Apakah Allah dan RasulNya redha akan sumpah sebegini? Bagaimana kesetiaan kita kepada Mekah, Madinah yang berada di Arab Saudi dan juga Masjidil Aqsa yang berada di Palestin? Bukankah ini adalah tanah suci umat Islam yang wajib dijaga dengan harta dan darah? Bukankah bumi Iraq, Iran, Mesir, Lebanon, Jordan, Sudan, Pakistan, Indonesia, selatan Thailand dan lain-lain lagi merupakan bumi kita semua, bumi umat Islam, bumi yang Allah anugerahkan kepada umat Muhammad? Bagaimanakah kesetiaan kita kepada tanah-tanah umat Islam ini, yang telah dibuka oleh Rasulullah dan para Khalifah dengan pengorbanan harta dan nyawa mereka? Bukankah ini semuanya bumi Allah, yang diwariskan kepada orang-orang yang beriman yang tidak ada bezanya di antara satu tanah dengan tanah yang lain?
Justeru, apakah sumpah untuk memelihara Perlembagaan ini selaras dengan Islam, walhal ia jelas-jelas membelakangkan Al-Quran dan Sunah? Sepatutnya, sebagai seorang Islam, sumpah yang dilafazkan adalah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Al-Quran dan As-Sunah, bukannya untuk mempertahankan Perlembagaan yang dibuat oleh Lord Reid, sebuah Perlembagaan yang jelas-jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunah! Saudara seagamaku sekalian! Fikir-fikirkanlah akan hal ini. Letakkanlah Allah dan Rasul di depan di dalam membuat keputusan, bukannya menjadikan alasan ‘maslahat, mudharat’ dan sebagainya sebagai bahan justifikasi akal untuk memaksiati Allah dan Rasul. Pegangan kita dalam menentukan hukum adalah Al-Quran dan As-Sunah, bukannya akal, walau sebijak mana sekalipun akal kita! Wallahu ‘alam. |


